Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada dua(2) orang pelajar praktikal iaitu Muhammad Adib Haiqal bin Nor Azmi dan Mohd Hakim bin Azlan jurusan BA(Hons) in Sports Management daripada LimKokwing University di bawah seliaan Ketua Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Encik Asmadi bin Mohamad.
Semoga latihan dan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama pada masa akan datang.Warga PPS amat mengalu-alukan kehadiran pelajar praktikal dalam bidang sukan khususnya dalam meningkatkan pembangunan sukan di negara ini.
Bukit Jalil, 26 Ogos – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia menyambut baik lawatan ilmiah daripada National Taiwan University pada pagi ini. Seramai 28 orang daripada universiti tersebut yang terdiri daripada professor dan kakitangan yang diketuai oleh Profesor Lee yang merupakan Director of Department of Athletics. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Puan Naziah binti Dollah yang merupakan Penolong Pesuruhjaya Sukan dan seterusnya ahli lawatan di bawa melawat ke ruang pejabat PPS. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang- kenangan.
Disediakan oleh: Nul Widaya Mohamed Nawi
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
PENGUMUMAN / ANNOUNCEMENT PROGRAM JOM PANTAU BADAN SUKAN 3.0 PERINGKAT ZON TENGAH
Tarikh : 21 September 2019 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 3.30 petang
Tempat : Ballroom Perdana 2, M Floor
Hotel Unicorn (Hotel Nouvelle), Kuala Lumpur,
8th KM, Kuala Lumpur- Seremban Highway Sungai Besi, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Untuk makluman tuan/puan, Program Jom Pantau Badan Sukan ini merupakan platform bagi memantau permasalahan urus tadbir Badan Sukan serta meningkatkan pemahaman Badan Sukan kepada pematuhan Pekeliling Pesuruhjaya Sukan dan Akta Pembangunan Sukan 1997. Justeru itu, dua (2) orang wakil setiap Badan Sukan iaitu Presiden dan Setiausaha adalah dijemput hadir.
Tempat Terhad!!! Percuma!!! Tiada bayaran dikenakan.
Bagi memastikan kelancaran urusan penyelarasan program, tuan/puan dikehendaki mengesahkan kehadiran sebelum 10 September 2019.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Logasundary a/p Nagarajoo di talian 03-8999 7972 e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Siti Nor Akmal binti Mat Taib di talian 03-8999 7973 e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Sekian,terima kasih
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.