Pada 22-24 November 2017 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) telah menganjurkan Bengkel Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 yang melibatkan semua pegawai Gred 29 dan ke atas di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia termasuk Rantau Sabah dan Sarawak.

Seramai 24 pegawai PPS telah menyertai bengkel ini yang telah dilaksanakan di Hotel Hype Motorsports, Nilai. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas kepada pegawai terutama pegawai yang baru berpindah ke PPS berkaitan pemakaian Akta Pembangunan Sukan 1997 di dalam urusan yang berkaitan badan sukan di Malaysia seperti pendaftaran badan sukan, peraturan pelesenan acara sukan dan Maklumat Yang Kena Diberikan. Selain itu, bengkel ini juga diadakan bagi memantapkan lagi peraturan-peraturan sedia ada berkaitan urusan badan sukan yang boleh diaplikasikan oleh setiap pegawai dan kakitangan di PPS.

Dua orang pakar rujuk telah dijemput bagi membantu penganjur dalam memberikan input-input yang berkaitan Akta 576 ini iaitu Prof. Madya Dr. Jaddy@Zaidi bin Hashim dari Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Prof. Madya Abd Aziz bin Hussain dari Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato’ Zaiton binti Othman, Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable