30 Oktober - Pejabat Pesuruhjaya Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Penguatkuasaan Akta Pembangunan Sukan 1997 peringkat Zon Selatan pada 28-30 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di Hotel Sentral Riverview, Melaka.
Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik dan memberi maklumat kepada Pegawai Belia Dan Sukan Daerah dan Negeri-negeri serta Pegawai Sukan di Majlis Sukan Negeri-negeri berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 di dalam tatacara tadbir urus badan sukan yang betul serta peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh 37 Pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis Perasmian Penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saleh bin Hj. Ghazali, Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.