11 November 2014 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Penarafan Bintang (Star Rating) Badan Sukan yang bertempat di Hotel De Palma Ampang pada 11 – 12 November 2014. Objektif pelaksanaan bengkel ini ialah memberi pendedahan kepada pegawai berkenaan sistem penarafan bintang dan menyediakan garis panduan penilaian dan pengukuran prestasi tadbir urus badan sukan.

Bengkel yang disertai oleh 18 orang pegawai daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Bahagian Pembangunan Sukan KBS dan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (PPPB) telah membantu peserta memahami pembentukan kriteria di dalam penilaian penarafan bintang yang merangkumi aspek pengurusan organisasi, pengurusan kewangan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan.

Encik Nurul Azuan Bin Abdullah selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan daripada MAMPU telah memberikan taklimar semasa bengkel ini yang turut melibatkan wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan PPPB yang memberi penerangan mengenai sistem penarafan bintang yang digunapakai oleh agensi masing-masing.

LOKASI KAMI

tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Aras 2, Gimnasium 3,

Kuala Lumpur Sports City,
57000 Seri Petaling  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4606  
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable