Pada 25-27 Mac 2016 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah menganjurkan program Bengkel Semakan Draf Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2016 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan yang melibatkan 25 pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Sukan termasuk Sabah dan Sarawak.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak dan menilai keperluan dan kesesuaian Draf Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2016. Sebanyak 6 peraturan yang berkaitan Peraturan Pembangunan Sukan telah dibentangkan oleh setiap cawangan di Pejabat Pesuruhajaya Sukan. Majlis perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton binti Othman