Sabtu, 28 April 2018 – Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan 2018 terus mendapat sambutan hangat walaupun jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh penamaan calon pilihanraya ke 14 apabila program kali ini yang diadakan di Johor Bahru telah berjaya menghimpunkan peserta seramai 90 orang dari 38 badan sukan Negeri Johor. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang telah diadakan di Hotel Sentral Johor Bahru, Johor

Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan baru berdaftar bagi Negeri Johor. Antara pengisian yang diterapkan ke dalam program ini adalah berkaitan peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Tatacara penyediaan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta ceramah berkaitan penganjuran acara sukan dan pelesenan. Ini supaya badan sukan terutama yang baru berdaftar dapat memahami pengurusan sesebuah badan sukan mengikut Akta 576.

Majlis penutup program ini telah disepurnakan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Encik Zainal Abidin bin Hj. Hassan. Di dalam ucapan beliau menitiberatkan supaya badan sukan mesti menghantar Maklumat Yang Kena Beri ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Ini membolehkan badan sukan terus aktif dan memainkan peranan mereka dalam membangunkan sukan masing-masing di negeri Johor.

Dengan sambutan yang hangat dari badan sukan, program ini diharapkan dapat meneruskan momentumnya di negeri-negeri yang lain di Malaysia. Ini bertujuan supaya pendedahan badan sukan baru berkaitan pengurusan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dapat diperluaskan ke semua badan sukan di Malaysia dan seterusnya mencapai misi pejabat dalam memastikan badan-badan sukan bergerak secara terselaras mengikut Akta . Sekian.

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable