Sabtu, 21 April 2018 – Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan 2018 terus mendapat sambutan hangat apabila program tersebut telah berjaya menghimpunkan peserta seramai 98 orang dari 56 badan sukan. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang telah diadakan di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak.

Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan baru berdaftar bagi Negeri Perak. Antara pengisian yang diterapkan ke dalam program ini adalah berkaitan peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Tatacara penyediaan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) serta ceramah berkaitan penganjuran acara sukan dan pelesenan. Ini supaya badan sukan terutama yang baru berdaftar dapat memahami pengurusan sesebuah badan sukan mengikut Akta 576.

Majlis penutup program ini telah disepurnakan oleh Timbalan Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Encik Muzakhir bin Buyong Mokhtar. Di dalam ucapan beliau menyatakan supaya kursus pendedahan kepada badan sukan baru seperti ini perlu diadakan lebih kerap supaya dapat memberikan input yang selama ini badan sukan tidak mengetahuinya dan dengan adanya program ini diharapkan badan sukan dapat menguruskan badan sukan baru mengikut apa yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.

Peserta Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan di peringkat Negeri Perak ini merupakan peserta yang paling ramai setakat ini setelah 3 program yang sama dilaksanakan. Dengan sambutan yang hangat dari badan sukan, program ini diharapkan dapat meneruskan momentumnya di negeri-negeri yang lain di Malaysia. Ini bertujuan supaya pendedahan badan sukan baru berkaitan pengurusan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dapat diperluaskan ke semua badan sukan di Malaysia dan seterusnya mencapai misi pejabat dalam memastikan badan-badan sukan bergerak secara terselaras mengikut Akta . Sekian.

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable