Sabtu, 14 April 2018 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan 2018 peringkat negeri Kedah pada 14 April 2018 yang lalu, bertempat di BDB Darulaman Golf Resort, Jitra Kedah.

Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan baru berdaftar bagi negeri Kedah. Seramai 95 peserta dari 56 badan sukan baru sekitar negeri Kedah menyertai program anjuran Cawangan Dasar Dan Pembangunan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia ini. Program ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Kamarulzaman Hassan bin Mansor. Di dalam ucapan beliau menyatakan supaya badan sukan baru perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan atlet yang berwibawa pada masa akan datang dengan tumpuan pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Selain itu, beliau juga menyarankan supaya badan sukan baru dapat menjaga dan menguruskan badan sukan dengan amalan pengurusan yang terbaik supaya dapat mengelakkan mereka dari dibatalkan pendaftaran.

Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan ini dilaksanakan bertujuan supaya pendedahan badan sukan baru berkaitan pengurusan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dapat diperluaskan ke semua badan sukan di Malaysia dan seterusnya mencapai misi pejabat dalam memastikan badan-badan sukan bergerak secara terselaras mengikut Akta . Sekian.

 

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable