Pada 24 November 2014 – Pejabat ini telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan Siri 3/2014 bertempat di Swiss-Inn, Sg. Petani pada 21 – 23 Nov. 2014. Seramai lima puluh satu (51) orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil tiga puluh (30) buah badan sukan pelbagai peringkat dan sukan telah hadir menyertai kursus tersebut.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pemegang jawatan mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997, peranan dan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan sukan, Memberi pengetahuan tentang tatacara pengurusan mesyuarat, peraturan dan perlembagaan badan sukan yang perlu dipatuhi dan tanggungjawab terhadap Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan memberi kesedaran dan pendedahan berkaitan kepentingan integiriti dan pencegahan rasuah di dalam pengurusan badan sukan.

YBrs. En. Mohd Hata Saliman, Ketua Pesuruhjaya Sukan (Naziran) mewakili Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah sudi untuk menyampai sijil  penyertaan kepada para peserta dan sekaligus menutup kursus berkenaan.

LOKASI KAMI

tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Aras 2, Gimnasium 3,

Kuala Lumpur Sports City,
57000 Seri Petaling  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4606  
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable