Sg. Petani, 20 Mac 2019- Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) telah memberi impak dan membuka mata persatuan sukan baru di negeri Kedah mengenai prinsip tadbir urus baik (good governance). Program ini merupakan salah satu program wajib Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) mensasarkan pemegang jawatan badan sukan baru berdaftar bertujuan memberi input berkenaan dengan asas pentadbiran dan pengurusan badan sukan .Kursus yang dirangka dengan sistematik dan komprehensif ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan asas pengurusan badan sukan selaras dengan perkembangan sukan di Malaysia.

Negeri Kedah dipilih sebagai negeri pertama menganjurkan KPOBS ini bagi tahun 2019. Sebanyak 17 badan sukan baru di negeri Kedah telah menghadiri kursus ini pada  9 Mac 2109 yang diadakan di Hotel Swiss Inn Sg. Petani, Kedah. Ianya melibatkan penyertaan seramai 50 orang pemegang jawatan  utama badan sukan. Rata-rata peserta memuji penganjuran kursus ini yang telah memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai Akta Pembangunan Sukan, kaedah pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), perlembagaan badan sukan, penganjuran kejohanan dan perlesenan acara sukan. Pendedahan ini cukup penting dalam memastikan badan sukan mematuhi prinsip-prinsip good governance ke arah kecemerlangan sukan tanah air.

 Sumber: PPS