Pada 5 Mei 2016 yang lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah menandatangani Surat Hasrat Untuk Kerjasama dengan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis menandatangani Surat Hasrat Untuk Kerjasama ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Zaiton Bin Othman dan Professor Dr. Rohimi Shafiee dari Fakulti Undang-undang UKM. Antara tujuan surat hasrat ini ditandatangani adalah langkah permulaan untuk menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam bidang penyelidikan dan pendidikan badan sukan di Malaysia.