Pada 13 Julai 2017 lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) telah menjadi urus setia bagi menyelaras Majlis Penyerahan Surat Kuasa Persatuan Silambam Malaysia. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan kembali tanggungjawab mentadbir badan sukan ini dari Jawatankuasa Ad-Hoc kepada Jawatankuasa sah yang di lantik di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Silambam tempohari. Penyerahan surat kuasa ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc Persatuan Silambam Malaysia, Dato’ Nik Mahmud bin Nik Yusof kepada Jawatankuasa tetap persatuan yang diketuai oleh Encik Visvalingam a/l Ammuni Nail, Presiden Persatuan Silambam Malaysia dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton binti Othman. Majlis tersebut berjalan dengan lancar.
LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable