22 April 2019, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) telah mengadakan satu Mesyuarat Bersama Kakitangan bil. 3/2019 yang dipengerusikan oleh Dato’ Zaiton binti Othman dan merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum bersara pada 2 Mei 2019 ini. Majlis juga diteruskan dengan meraikan beberapa sambutan bersama kakitangan PPS.

Sambutan Hari Lahir di adakan untuk menyambut ulang tahun kelahiran kakitangan yang lahir pada bulan Januari hingga April. Seramai 7 orang kakitangan dirai bersama. Acara memotong kek yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Sukan, Dato’ Kamaruzaman Hassan bin Mansor.

Majlis Perpisahan Puan Sahila binti Abdullah juga disambut bersama kakitangan yang lain di atas pertukaran beliau ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Putrajaya yang akan berkuatkuasa pada 23 April yang lepas. Beliau telah berkhidmat di Pejabat Pesuruhjaya Sukan selama 9 tahun .

Selain dari itu, penyampaian sumbangan dari pihak Kelab Pesuruhjaya Sukan Malaysia kepada Cik Mohsinar binti Abdul Malek ke atas pemergian ayahnya ke Rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhir pada 12 April 2019  akibat sakit tua.

 

LOKASI KAMI

tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Aras 2, Gimnasium 3,

Kuala Lumpur Sports City,
57000 Seri Petaling  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800  
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable