14 DISEMBER 2014 – Dalam usaha meningkatkan pendaftaran, maklumat dan pengurusan badan sukan secara atas talian, Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah menganjurkan Bengkel ISO Prosedur Kualiti  PK-KBS (PS) 4 Pendaftaran dan Modul ROSA pada 12 hingga 14 Disember 2014 bertempat di Colamar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang.

Pelaksanaan bengkel memberi fokus serta penumpuan terhadap perincian keperluan fungsi dan teknikal modul Sistem Maklumat Badan Sukan (ROSA). Ia melibatkan fungsi dan tugas pendaftaran badan sukan, proses naziran dan pemantauan, dasar dan perlesenan, pembangunan dan pendidikan serta kewangan bagi membolehkan proses kerja di Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dilaksanakan secara atas talian secara menyeluruh sekaligus membantu meningkatkan gerak kerja yang lebih komprehensif dalam menguruskan maklumat pengurusan badan sukan negara di pelbagai peringkat dan kategori.

Bengkel dikelolakan oleh Cawangan Pendaftaran dan Pemerkasaan dengan sokongan dari Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Belia dan Sukan yang bakal bertindakan sebagai penyelaras pembangunan sistem Kementerian. Selain itu, bengkel turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Pertubuhan Belia yang berkongsi berkaitan Sistem E-Roy yang sedang dalam proses penambahbaikan.

Tuan Abdul Rahim bin Tuan Bahru, Timbalan Pesuruhjaya Sukan berkata dalam ucapan penutup beliau, “saya berharap output yang dihasilkan dari bengkel ini dapat membantu penyediaan sistem yang lebih menyeluruh dan dapat digunapakai oleh PJS seterusnya meningkatkan kecekapan kerja PJS di masa akan datang.”

Kursus disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai PJS, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) serta Pejabat Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan.