Untuk makluman, Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA) telah dinaiktaraf kepada Sistem eROSA. Sistem eROSA ini akan mula dibuka kepada pengguna mulai 11 Mac 2019 di pautan https://erosa.kbs.gov.my .

Untuk makluman, tuan/puan yang mendaftar melalui sistem ini secara automatik akan menjadi Setiausaha kepada badan sukan tuan/puan. Sehubungan dengan itu, mohon pastikan hanya pemegang jawatan Setiausaha sahaja yang membuat permohonan pendaftaran badan sukan melalui Sistem eROSA.

Sebarang pertanyaa mengenai Sistem eROSA ini boleh diajukan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia di talian 03-8994 4800 / 4875 / 4607.

 

Sekian, terima kasih.