Kuala Lumpur, 27 Jun 2018 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan mengorak langkah sekali lagi dalam pembangunan badan sukan di Malaysia apabila mengambil tindakan turun padang bertemu badan sukan kebangsaan dalam menjalankan penilaian penarafan bintang (star rating) terhadap badan sukan kebangsaan.

Sebanyak 35 badan sukan kebangsaan yang menyertai Sukan Sea baru-baru ini telah dipilih bagi menyertai penilaian ini. Program ini telah pun dilaksanakan bermula Bulan Mei yang lalu dan dijangka selesai dilaksanakan pada Disember 2018. Kali terakhir penilaian ini dilaksanakan adalah pada tahun 2015 dengan 3 badan sukan kebangsaan mendapat 5 bintang.

Tujuan penilaian penarafan bintang ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauhmana pencapaian badan sukan kebangsaan di dalam aspek tadbir urus selaras dengan keperluan Akta Pembangunan Sukan 1997 disamping menjadi rujukan kepada Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia dalam aspek pembangunan sukan.

Penilaian ini dilaksanakan melalui lawatan pegawai-pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Sukan ke premis-premis badan sukan bagi melihat segala dokumen berkaitan selain dari sesi soaljawab antara kedua belah pihak. Antara elemen yang dinilai bagi menentukan bintang adalah dokumen Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) badan sukan, pentadbiran, kewangan, pencapaian badan sukan di peringkat tertinggi dan beberapa elemen berkaitan tadbir urus badan sukan.

Diharapkan tahun 2018 ini ada peningkatan dalam jumlah badan sukan kebangsaan yang mendapat taraf 5 bintang dari tahun sebelumnya. Ini suatu perkara yang penting dalam penerapan nilai professional dan urus tadbir terbaik di kalangan badan sukan di Malaysia. Sekian.

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable