Dimaklumkan bahawa PPS telah melancarkan Sistem Pengurusan Badan Sukan (eROSA) bagi modul permohonan pelesenan dan kebenaran penganjuran aktiviti sukan pada 02 Mei 2019.

Sehubungan itu, syarikat dan organisasi bukan syarikat yang bertindak sebagai penganjur dikehendaki untuk mendaftar sebagai pengguna di dalam eROSA bermula tarikh berkenaan bagi sebarang permohonan pelesenan dan kebenaran penganjuran aktiviti sukan. Tiada lagi permohonan secara manual diterima.

Sebagai rujukan, sila muat turun Peraturan-Peraturan Pembanguna Sukan (Pelesenan) 2019 di pautan berikut http://pps.kbs.gov.my/my/informasi/muatturun/category/14-akta-peraturan-dan-pekeliling.html

Sekian harap maklum.