Sabtu, 31 Mac 2018 – Permulaan program badan sukan bagi tahun 2018, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan 2018 pada 31 Mac 2018 yang lalu, bertempat di Hotel Nouvelle, Kuala Lumpur.

Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan baru berdaftar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 82 peserta dari 48 badan sukan baru sekitar Kuala Lumpur menyertai program anjuran Cawangan Dasar Dan Pembangunan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia ini. Program ini juga telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton binti Othman. Di dalam ucapan beliau menyatakan supaya badan sukan baru perlu mengambil cabaran di dalam mengamalkan amalan pengurusan terbaik dan juga dapat melahirkan atlet yang berwibawa pada masa akan datang dengan tumpuan pembangunan sukan di peringkat akr umbi. Selain itu, beliau juga menyarankan supaya badan sukan baru dapat mengelakkan diri mereka di dalam pertikaian dalaman di kalangan jawatankuasa dan ahli.

Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan di peringkat Wilayah Persekutuan ini merupakan program anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan yang pertama pada tahun 2018 dan akan diteruskan pelaksanaannya di negeri-negeri yang lain. Ini bertujuan supaya pendedahan badan sukan baru berkaitan pengurusan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dapat diperluaskan ke semua badan sukan di Malaysia dan seterusnya mencapai misi pejabat dalam memastikan badan-badan sukan bergerak secara terselaras mengikut Akta . Sekian.

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable