Raub, 25 Februari 2018 – Permulaan bagi tahun 2018 bagi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia apabila pejabat ini telah mengadakan Program Pemantapan Karater Dan Pembinaan Pasukan 2018 (PPS Team Building) pada 23 hingga 25 Februari 2018, bertempat di Jeram Besu, Raub, Pahang. Program yang dilaksanakan ini sangat bertepatan dengan objektifnya iaitu untuk meningkatkan motivasi dan semangat kerja berpasukan di kalangan pegawai dan kakitangan serta mengukuhkan jatidiri dan semangat kepunyaan (Self-belonging) di kalangan warga kerja Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. 

 

Seramai 35 pegawai dan kakitangan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menyertai program anjuran cawangan Dasar dan Pembangunan ini. Pelbagai aktiviti telah diatur disepanjang program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dan  aktiviti yang paling mencuri tumpuan adalah aktiviti berakit dan white water rafting. Aktiviti berakit yang dilaksanakan telah berjaya memupuk persefahaman di kalangan peserta apabila kerjasama dan komitmen setiap peserta berjaya ditunjukkan di dalam aktiviti ini selain mereka juga berpeluang untuk merasai kemahiran membina rakit bagi setiap kumpulan. Bagi aktiviti white water rafting, aktiviti Berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta kerana berjaya mengharungi 16 jeram sungai sejauh 5 kilometer selain memberi peluang dan cabaran kepada peserta untuk mengendalikan bot arus deras. Selain itu juga, peserta telah didedahkan juga dengan cabaran memancing menggunakan kaedah tradisional (dahan pokok salak) supaya dapat menguji kesabaran setiap peserta dan menangani permasalahan yang timbul di dalam kerja.

 

Program telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Dato’ Zaiton bin Othman, Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Di dalam ucapan, beliau amat berpuashati dengan penganjuran program Team Building ini dan bercadang untuk mengadakan program ini pada setiap tahun. Ini memandangkan program sebegini telah terbukti berjaya memupuk dan mendedahkan pegawai dan kakitangan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dengan semangat kerjasama serta dapat memotivasikan lagi mereka dalam menjalankan tugas di pejabat. Beliau juga menyatakan bahawa pemilihan tempat program ini amat sesuai dengan objektif program yang ingin dicapai dan beliau bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Sekian.

 

 

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable