Pada 18 April 2017 lalu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menganjurkan program Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah Sukan. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di kalangan badan sukan selain memberi penerangan dan pendidikan berkaitan rasuah kepada badan sukan di Malaysia. Program ini telah dirasmilkan oleh YB Brigedier Jeneral Khairy Jamaludin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Seramai 180 peserta yang terdiri daripada 60 badan sukan peringkat kebangsaan serta agensi kerajaan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menghadiri program ini.