Isnin, 22 Oktober 2018 – Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengadakan sesi Townhall Akta Pembangunan Sukan 1997 bertempat di Dewan Podium, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Hampir 300 peserta dari pelbagai agensi menyertai program anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Strategik, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Program yang dilaksanakan ini melibatkan peserta dari badan sukan kebangsaan, syarikat-syarikat swasta dan semua kementerian-kementerian. Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan townhall ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh berkaitan cadangan Peraturan-peraturan Pembanunan Sukan 2018. Selain itu, ia juga sebagai syarat untuk memenuhi keperluan Perbadanan Produktiviti Malaysia melalui Regulatory Impact Analysis (RIA) dalam membangunkan sesuatu peraturan. Pelbagai cadangan dan pandangan daripada pemegang taruh telah direkodkan dan diambil bagi memperkemaskan peraturan ini bagi persediaan untuk digunapakai pada tahun 2019 nanti.

Bagi Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton binti Othman. beliau amat mengharapkan cadangan dan idea dari semua pihak dalam membangunkan Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2018 ini terutama bagi pengutkuasaan lesen acara sukan, penawaran sukan antarabangsa dan juga berkaitan jawatankuasa pertikaian sukan yang akan dikuatkuasakan pada 2019 akan datang. Di dalam townhall tersebut 4 orang panel telah diberikan tanggungjawab bagi menerangkan perkara-perkara berkaitan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Pindaan 2018). Antara mereka adalah Encik Ibrahim bin Yusof, Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik, KBS dan Professor Madya Dr. Jady, UKM dengan Dr. Suhardi bin Alias dari Majlis Sukan Negara bertindak sebagai moderator.

Diharapkan dengan adanya townhall ini dan cadangan serta idea dari para peserta, Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan 2018 ini dapat dibangunkan dan dikuatkuasakan pemakaiannya pada tahun 2019.

 

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable