Orang Awam
Badan Sukan
Soalan Lazim - PPS
Terdapat 2 kaedah permohonan pendaftaran badan sukan yang boleh digunakan:
      Kaedah 1
Pendaftaran badan sukan secara atas talian (online) iaitu melalui Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA). Pautan ke ROSA boleh didapati di halaman utama portal rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau terus ke https://rosa.kbs.gov.my/

Bagi kaedah ini, pemohon perlu:

a) Memuatnaik semua dokumen (logo, salinan minit mesyuarat, perlembagaan, surat sokongan badan induk ke dalam sistem)

b) Memasukkan No Wang Pos beserta jumlah ke dalam menu yang disediakan DAN menghantar Wang Pos tersebut ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan. (dibahagian belakang Wang Pos ditulis nama badan sukan serta no untuk dihubungi)
     

Kaedah 2
Dapatkan borang permohonan (Borang 1) daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan atau muat turun borang itu daripada laman web di : http://pps.kbs.gov.my/ di bawah menu Muat Turun.

Bagi kaedah ini, pemohon perlu:

a) Menghantar permohonan melalui Borang 1 bersama-sama dokumen berikut:
i.  Wang Pos / kiriman wang RM50.00

ii. 2 salinan minit mesyuarat penaja

iii. 2 salinan perlembagaan badan sukan

iv. 2 salinan senarai pemegang jawatan

v. 2 salinan logo (jika ada)

vi. Surat sokongan Badan Induk
     

Bagi kedua-dua kaedah, pemohon perlu :

a) Mengenalpasti jenis sukan yang hendak didaftar dan jenis sukan hendaklah mengikut sepertimana dalam senarai di Jadual Pertama APS 1997

b) Menentukan peringkat badan sukan yang hendak ditubuhkan. Contoh Kebangsaan, Negeri, Daerah atau Kelab

c) Mewujudkan jawatankuasa penaja (protem committee) dan mengadakan mesyuarat penubuhan. Perkara-perkara yang perlu diputuskan dalam mesyuarat penaja seperti berikut:

i. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penaja

ii. Persetujuan bagi menubuhkan badan sukan dan penetapan alamat berdaftar

iii. Membentang dan meluluskan Perlembagaan

Walaubagaimanapun, badan sukan adalah digalakkan untuk membuat permohonan pendaftaran secara atas talian, iaitu menggunakan sistem ROSA bagi memudahkan dan mempercepatkan kelulusan proses pendaftaran.
Kelulusan akan diberikan dalam tempoh 30 hari tertakluk dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang diperlukan lengkap dan teratur. Bagi permohonan melalui ROSA, emel akan dihantar kepada pengguna sekiranya terdapat kuiri daripada pegawai berkaitan permohonan yang dihantar.

Memang ada peraturan yang ditetapkan.  Antaranya:
a)   Nama tidak boleh sama dengan mana-mana nama badan sukan yang telah didaftarkan di bawah PPS.
b) Nama badan sukan perlu selaras dengan peringkat badan sukan.  Perkataan ”Kebangsaan/Malaysia” hanya untuk badan sukan yang mewakili peringkat kebangsaan.  Begitu juga nama negeri bagi peringkat negeri dan daerah bagi peringkat yang mewakili daerah.  Walau bagaimanapun peringkat kelab boleh mengunakan sebarang nama selain nama yang di atas tetapi perlu mencerminkan ia adalah entiti sukan. 
c)    Nama-nama yang tidak dibenarkan seperti berikut:                                                       
i.   Nama-nama yang dikaitkan dengan Sultan, Raja atau naungan DiRaja termasuk perkataan-perkataan ”DiRaja” atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi makna yang sama                                                      
ii. Nama-nama yang mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang boleh menyinggung sensitiviti agama, masyarakat dan kaum

Tidak boleh. Ini kerana peruntukan dalam perlembagaan badan sukan ada menyatakan bahawa hanya ahli yang membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan diundi. 

Tidak boleh. Di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 telah memperuntukkan bahawa sesebuah badan sukan perlu menjurus sepenuhnya kepada fungsi dan aktiviti sukan.
Boleh dengan syarat ianya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan. Walau bagaimanapun, usul yang telah diputuskan hendaklah dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya bagi mendapat kelulusan sebelum ianya dilaksanakan.
Ya. Persatuan tuan dikira sebagai tidak aktif dan akan dikenakan tindakan kerana kegagalan tuan untuk menghantar MYKB memperlihatkan tuan gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan APS 1997.     
Boleh. Walaubagaimanapun pihak persatuan hendaklah memohon kelulusan penundaan tarikh mesyuarat secara bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan dengan memberi asas-asas yang kukuh mengapa mesyuarat tidak dapat diadakan dalam tempoh yang ditetapkan. 
Tiap-tiap badan sukan harus menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul dikalangan anggotanya secara dalaman. Seandainya pertikaian ini masih berterusan maka ia boleh dipanjangkan kepada badan pengelola sukan tersebut mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan. Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan melalui prosedur, maka mana-mana anggota yang terkilan atau badan sukan itu sendiri boleh merujukkan pertikaian itu kepada menteri untuk penyelesaian dan keputusan menteri adalah muktamad.
Tidak perlu, memandangkan badan sukan tersebut telah berdaftar sebagai badan sukan dengan PPS. Walau bagaimanapun jika sekiranya badan sukan itu ingin membuat bidaan menjadi tuan rumah kepada acara sukan antarabangsa maka ia perlu mendapat kelulusan bertulis dari Menteri Belia dan Sukan.
LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable