Pada 11 April 1996, Y.A.B. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, semasa merasmikan Konvensyen Sukan Kebangsaan telah memaklumkan bahawa satu akta iaitu Akta Pembangunan Sukan sedang digubal supaya setiap pihak yang terlibat dalam sukan akan faham peranan masing-masing dan melaksanakannya mengikut apa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka..

Jemaah Menteri pada 7 Mei 1997 telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk dibawa ke Parlimen. Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.

Keperluan terhadap Akta ini dicetuskan berikutan kemerosotan prestasi sukan di arena antarabangsa walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar. Kemerosotan ini adalah akibat kepimpinan yang kurang berkesan dikalangan persatuan-persatuan sukan untuk melahirkan atlit yang berjaya. Demi hasrat untuk meletakkan sukan di atas landasan yang paling sesuai, pihak Kerajaan akan terus memainkan peranan khususnya dalam membina infrastruktur dan melaksanakan program-program yang sesuai. Untuk itu Akta Pembangunan Sukan digubal dan Pesuruhjaya Sukan dilantik bagi mentadbirnya.
LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable