Dato' Zaiton Binti Othman

(Pesuruhjaya Sukan)


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) . Saya berharap portal ini mampu menjadi satu wadah memudahkan orang ramai berurusan dengan PPS.

Sebagai sebuah agensi yang mentadbir Akta Pembangunan Sukan 1997, Pejabat ini dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap badan sukan mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan masing-masing, melalui aktiviti-aktiviti naziran dan pengawasan yang komprehensif, demi untuk menjamin pencapaian pembangunan positif dalam sukan negara.

Dengan adanya pembudayaan Teknologi Maklumat yang semakin meluas. PPS telah menyediakan aplikasi Sistem Pendaftaran Badan Sukan (ROSA) bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pendaftaran badan sukan, carian maklumat, penghantaran MYKB tanpa perlu lagi menggunakan borang yakni secara manual.    

Diharap portal ini dapat dimanfaatkan spenuhnya selaras dengan hasrat untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan. Kami sentiasa bersedia menerima segala idea dan pandangan dari para pengunjung bagi meningkatkan serta memperbaiki lagi mutu perkhidmatan yang disediakan.

LOKASI KAMI
tel
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Lot  G-R-1 Enterprise 4,

Technology Park Malaysia,
Bukit Jalil  57000  

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-8994 4800/01 
Fax: 03-8994 4810 
Email : pps@kbs.gov.my

    Gov 1GovUc kbs
    MAMPU MDEC MSN
    PMO IPPBM
        ISN IYC PSM
    ROS ROY YAKEB
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable