PIAGAM PELANGGAN

 

  1. Memberi keputusan bagi permohonan:
  • Pendaftaran badan sukan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap;
  • Pindaan perlembagaan badan sukan dalam tempoh empat belas (14) hari;
  • Lesen dan penganjuran acara sukan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penghantaran dokumen yang lengkap; dan
  • Carian maklumat dalam tempoh satu (1) hari

 

  1. Mengambil tindakan terhadap aduan diterima dan membuat siasatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari.

 

  1. Pelaksanaan piagam pelanggan adalah tertakluk kepada permohonan yang lengkap dan dalam tempoh waktu bekerja serta memenuhi kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 dan peraturan-peraturan yang berkaitan.