KOTA KINABALU, 26-27 Januari 2022 - Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) Siri 1 dan 2 Tahun 2022 secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM Video Conference bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Kursus ini telah disertai oleh 34 badan sukan baharu dan lama yang berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan (KPOBS) merupakan satu program pendidikan atau advokasi yang bertujuan memberi pemahaman atau meningkatkan pengetahuan mengenai tadbir urus badan sukan.
Kursus ini menyasarkan penyertaan pemegang jawatan utama dalam badan sukan, khususnya mereka yang baru dalam memegang jawatan dalam badan sukan tersebut.
Diharapkan melalui kursus seumpama ini akan dapat membantu meningkatkan profesionalisme dalam badan sukan ke arah urus tadbir yang berkualiti seterusnya dapat membantu pencapaian pembangunan sukan di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Aras 2, Gimnasium 3, Kuala Lumpur Sports City, 57000 Seri Petaling Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tel: 03-8994 4800 Fax: 03-8994 4810 Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.