MAKLUMAN
Berdasarkan Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997, mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti sukan hendaklah memohon suatu lesen kepada Pesuruhjaya. Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Pelesenan) 2019 menetapkan permohonan lesen hendaklah tidak kurang daripada 30 hari bagi aktiviti sukan tempatan dan tidak kurang daripada 90 hari bagi aktiviti sukan antarabangsa sebelum tarikh aktiviti sukan itu dilaksanakan.
#TeamKBS
#TeamPJS
#TowardsSportingNation
#KeluargaMalaysia
MAKLUMAN PEMBAYARAN SECARA DALAM TALIAN
Sistem eROSA akan menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian sepenuhnya mulai 2 Disember 2021. Oleh itu, bagi memastikan kelancaran transisi operasi bayaran Sistem eROSA, penggunaan wang pos, bank draft, kiriman wang, banker’s cheque akan dihentikan mulai 26 November 2021.
Untuk pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-89944800.
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN SUKAN (KPOBS) 2021 ZON TENGAH (NEGERI SELANGOR) SIRI 1
KPOBS merupakan program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan dalaman badan sukan dan fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Program ini turut menyasarkan badan sukan yang baru berdaftar di bawah Akta 576 untuk meningkatkan pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan sukan.
Program ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 November 2021 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Platform : ZOOM Video Conference
*jemputan kursus telah diemelkan kepada badan sukan.
#TeamKBS
#TeamPJS
#TowardsSportingNation
#KeluargaMalaysia
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN SUKAN (KPOBS) 2021 ZON WILAYAH (KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN)
KPOBS merupakan program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan dalaman badan sukan dan fungsi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Program ini turut menyasarkan badan sukan yang baru berdaftar di bawah Akta 576 untuk meningkatkan pemahaman mengenai peranan dan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan sukan.
Program ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 November 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Platform : ZOOM Video Conference
*jemputan kursus telah diemelkan kepada badan sukan.
#TeamKBS
#TeamPJS
#TowardsSportingNation
#KeluargaMalaysia
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.