PENGUMUMAN PENTING!!
PERUBAHAN LOKASI HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA PERINGKAT ZON TIMUR
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan di peringkat Zon Timur di lokasi yang TERKINI iaitu bertempat di HOTEL ROCANA, KUANTAN, PAHANG pada 30 Oktober 2021 (Sabtu).
Ayuh sertai kami dan jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tadbir urus badan sukan. Jumpa anda di sana!!
#TeamKBS
#TeamPJS
#HariBertemuPelanggan
#DekadIniDekadAnda
#KeluargaMalaysia
Assalamualaikum dan salam warga Sabah..
Nak tahu bagaimana nak daftar badan sukan?
Penghantaran laporan tahunan (MYKB)?
Tatacara permohonan penganjuran acara sukan?
atau hal-hal lain berkaitan sukan?
Datanglah ke
Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah pada :
Tarikh : 3 November 2021 /Rabu
Masa : 9.00 pagi-4.00 petang
Tempat : Sabah International Convention Centre
#TeamPJS
#TeamKBS
#DekadIniDekadAnda
PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA (ZON UTARA)
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan melaksanakan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 23 Oktober 2021 bertempat di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak.
Pelbagai perkhidmatan akan disediakan melibatkan khidmat nasihat dan perkara-perkara yang berkaitan tadbir urus badan sukan.
Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS. Jumpa anda di sana dan pastikan pematuhan terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19!
#TeamPJS
#TeamKBS
#TowardsSportingNation
#DekadIniDekadAnda
#KeluargaMalaysia
Seluruh warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443H/2021M kepada seluruh umat Islam di negara ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat sekalian alam.
Semoga sambutan pada tahun ini akan menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih kepada Baginda Rasulullah SAW di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama kita.
“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
#TeamKBS
#TeamPJS
#KeluargaMalaysia
Tawaran Tender/Sebut Harga
-Tiada tawaran tender/sebut harga pada masa ini.
Tawaran Jawatan Kosong
-Tiada tawaran jawatan kosong pada masa ini.