SETIAUSAHA KEHORMAT / SETIAUSAHA AGUNG / SETIAUSAHA
SEMUA BADAN SUKAN YANG BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 [Akta 576]
YB / YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan
PERKARA : TANGGUNGJAWAB BADAN SUKAN MENGEMUKAKAN MAKLUMAT YANG KENA BERI [MYKB].
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berdasarkan Seksyen 18(1)(b) Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], apabila mendaftarkan sesuatu badan sukan, Pesuruhjaya boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut ke atas badan sukan. Mengemukakan Maklumat Yang Kena Beri [MYKB] adalah antara syarat yang dikenakan kepada setiap badan sukan. Kegagalan mematuhi syarat-syarat pendaftaran boleh menyebabkan suatu badan sukan dikenakan tindakan pengantungan dibawah seksyen 20(1A)(a) tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 18 Akta 576.
3. Mengemukakan MYKB adalah bertujuan sebagai pengesahan bahawa badan sukan adalah aktif dan diurus tadbir oleh pemegang jawatan yang terkini dan sah dipilih atau dilantik seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan. Laporan MYKB perlu dihantar oleh badan sukan dalam tempoh 30 hari selepas setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
4. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan pentadbiran dan pengurusan, badan sukan adalah disaran untuk melaksanakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan jawatankuasa induk seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan dan menghantar laporan MYKB yang meliputi lapan ( perkara berikut:-
i. Borang MYKB1
ii. Minit Mesyuarat Jawatankuasa (Penetapan Tarikh Mesyuarat Agung).
iii. Notis Mesyuarat Agung.
iv. Minit Mesyuarat Agung.
v. Laporan Aktiviti (tahun sebelum).
vi. Laporan Kewangan Tahunan (tahun sebelum).
vii. Senarai Ahli Jawatankuasa (terkini).
viii. Senarai Ahli Gabungan/ Keahlian (terkini).
5. Mana-mana badan sukan yang gagal mengemukakan laporan MYKB boleh dianggap TIDAK AKTIF dan pendaftaran suatu badan sukan boleh dibatalkan dibawah seksyen 20(1)(b) tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya dalam mana-mana Negeri atau di Malaysia.
6. Sehubungan itu, badan sukan adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan tadbir urus sukan dengan baik dan mematuhi Perlembagaan masing-masing. Sebarang kemusykilan, badan sukan boleh menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Sukan bagi mendapatkan panduan. Perhatian dan kerjasama semua pihak terhadap perkara ini amatlah dihargai.
"Setiap badan sukan hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia jika terdapat perubahan maklumat e-mel rasmi badan sukan bagi tujuan penyaluran informasi yang terkini"
Untuk mengemaskini maklumat e-mel, sila klik pautan https://bit.ly/3lsBZTI atau imbas Kod QR yang disediakan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian utama pejabat 03-89944800 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.