HARI BERTEMU PELANGGAN BERSAMA PEJABAT PESURUHJYA SUKAN

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan bermula pada bulan Oktober 2021 di enam (6) zon yang terpilih. Pelbagai aktiviti akan diadakan yang melibatkan khidmat nasihat dan pelbagai perkara berkaitan tadbir urus badan sukan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS dan tentatif program akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19!

#TeamKBS
#TeamPJS
#HSN2021
#TowardsSportingNation