HARI BERTEMU PELANGGAN PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

Ayuh sertai kami di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) peringkat Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada 28 Mei 2022 bertempat di Dewan Juara, Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PJS seperti pendaftaran badan sukan, Maklumat yang Kena Beri (MYKB), penganjuran acara dan pelbagai perkara melibatkan tadbir urus badan sukan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tadbir urus badan sukan.

Klik https://tinyurl.com/HBPPAHANG atau imbas QR code yang disertakan untuk pendaftaran.

Jumpa kami di sana!

#TeamKBS
#TeamPJS
#HariBertemuPelanggan
#KeluargaMalaysia