Jom sertai kami di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 14 Mei 2022 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Turut diadakan pada hari yang sama adalah Taklimat Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian Dalam Badan Sukan) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022 yang telah mula berkuat kuasa pada 15 Mac 2022. Peraturan-Peraturan ini memberi tatacara kepada badan sukan untuk menyelesaikan pertikaian dalaman yang timbul badan sukan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu secara terus dengan pihak PJS bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan tadbir urus badan sukan.

Jumpa kita di sana!

#TeamKBS
#TeamPJS
#HariBertemuPelanggan
#KeluargaMalaysia