Warga Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia mengucapkan Selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah dan Hari Gawai kepada Komuniti Dayak di Sarawak.

Kami berharap perayaan ini dapat disambut dengan penuh rasa kesyukuran walaupun diraikan dalam suasana berbeza berikutan perintah kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa dalam usaha kita membendung kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat.

Semoga kedua-dua perayaan ini dapat memberi semangat baru dan menguatkan lagi iltizam untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan demi Agama, Bangsa dan Negara.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”

“Gayu Guru Gerai Nyamai”